"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Wednesday 25 April 2012

keistimewaan wanita




berbahagialah menjadi seorang wanita kerana diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t
                                     




KeistimewaanWanita


Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat indah dan memiliki pelbagai keistimewaan. Lantaran itu, kaum wanita haruslah menjaga diri dan maruah agar diri sentiasa mulia di sisi Allah dan makhluk. Selain itu, wanita juga harus bersyukur dengan pelbagai keistimewaan yang mereka miliki. Antara keistimewaan tersebut ialah;
- Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  ke atas tubuhnya.
- Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


- Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
- Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah syurga.
- Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."
- Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada  suaminya  (serta  menjaga sembahyang dan puasanya).
- Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  syurga mana saja yang dia kehendaki
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)
- Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
- Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah  dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
- Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
- Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT




No comments:

Post a Comment