Obesiti di
Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat. Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan terdiri daripada pelbagai hidangan makanan
dan 90 peratus daripadanya menjadi
makanan harian . Terdapat di antara makanan rutin tersebut yang tidak sihat
sama sekali seperti roti canai, teh
tarik dan nasi lemak. Situasi ini semakin membimbangkan ekoran wujudnya
premis-premis makanan segera sejak akhir-akhir ini bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan.
"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"
Wednesday 25 April 2012
keistimewaan wanita
berbahagialah menjadi seorang wanita kerana diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t |
KeistimewaanWanita
Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat indah dan memiliki pelbagai keistimewaan. Lantaran itu, kaum wanita haruslah menjaga diri dan maruah agar diri sentiasa mulia di sisi Allah dan makhluk. Selain itu, wanita juga harus bersyukur dengan pelbagai keistimewaan yang mereka miliki. Antara keistimewaan tersebut ialah;
- Do'a
wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia.
- Wanita yang
solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Barang siapa
yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang senantiasa
menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
- Barang siapa
yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
Monday 23 April 2012
Peribahasa Melayu
Bangsa melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Ia kemudiannya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Melayu Proto telah berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru iaitu 2500 sebelum masihi. Keturunan Melayu Proto adalah orang Asli di Semenanjung Malaysia, orang Dayak di Sarawak dan orang Batak di Sumatera.
Melayu Deutro pula dipercayai telah berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam iaitu kira-kira 1500 sebelum masihi. Keturunan Melayu Deutro adalah orang Melayu di Malaysia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang pula dikatakan berasal daripada bahasa Austronesia ini. Bahasa tersebut termasuklah Bahasa Melayu yang kita gunakan dalam percakapan seharian.
Generasi pada zaman dahulu juga bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu, namun mungkin terdapat sedikit perbezaan antara bahasa Melayu yang kita gunakan kini kerana mereka bertutur menggunakan Bahasa Melayu kuno.
Generasi terdahulu banyak menggunakan elemen bahasa khususnya untuk membuat teguran, menyindir, memberi nasihat dan sebagainya. Hal ini menjadikan corak teguran mereka lebih lembut dan berhikmah. Mereka biasanya menegur atau menyindir dengan menggunakan bahasa kiasan yang digunakan juga pada dewasa ini dan dikenali sebagai peribahasa.
Antara peribahasa-peribahasa Melayu yang mungkin jarang didengari adalah seperti berikut:
1) Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam

maksudnya: sesuatu perkara yang menimpa kita tanpa dapat dielak, haruslah diterima dengan sabar dan tabah.
2) Ada kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tidak berbau
maksudnya: sebanyak manapun ilmu yang ada, jika tidak digunakan untuk menunjuk ajar maka
tidak ada gunanya.
3) Adat diisi, tembaga dituang
Maksudnya: dalam mengerjakan sesuatu hendaklah mengikut kebiasaan yang pernah dilakukan.
4) Anak baik, menantu molek
maksudnya: seseorang yang beroleh keuntungan secara berganda-ganda.
5) Anak kucing menjadi harimau
maksudnya: anak orang kebanyakan menjadi orang yang ternama.
6) Akar terumbai tempat siamang bergantung, dahan menganjur tempat tupai meniti
maksudnya: keterangan-keterangan daripada orang yang bersalah itulah sendiri biasanya menjadi
alasan untuk menguatkan tuduhan ke atasnya.
7) Alim bagai katak di tepi air
maksudnya: orang yang banyak ilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedahnya.
8) Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam
maksudnya: perkhabaran dan berita-berita angin itu tidaklah boleh dipercaya.
9) Ayam berlaga sekandang
maksudnya: orang yang bergaduh adik-beradik.
10) Ayam putih terbang siang
maksudnya: perkara yang terang dan nyata sehingga diketahui oleh semua orang.
Peribahasa-peribahasa yang telah diciptakan jelas mengandungi makna tersirat yang mendalam dan amat berguna kepada generasi kini dan akan datang. Jadi, kita haruslah memeliharanya agar ia tak lekang dek panas dan takkan usang dek hujan.
( peribahasa-peribahasa di atas diambil dari kamus peribahasa Malaysia)

Subscribe to:
Posts (Atom)