"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Wednesday 21 March 2012

Wanita yang senang mendapat jodoh

Wanita yang senang mendapat jodoh:
  •  Beragama dan rajin beribadah     ~Wanita yang menitik beratkan soal agama seperti menjaga solat, menjaga aurat, bersopan santun, menghormati orang tua dan sebagainya serta taat beribadah kepada Allah s.w.t pasti akan mudah mendapat jodoh.
  •  Memiliki akhlak yang mulia     ~Berakhlak mengikut akhlak anjuran Islam dan berusaha mengikut akhlak Rasulullah s.a.w. serta para isteri Baginda.
  •  Memiliki rupa paras yang cantik dan menawan hati     ~Rupa paras yang cantik merupakan pakej bagi seseorang wanita kerana di samping agama, lelaki juga mahu memiliki isteri yang cantik, menawan hati dan sedap mata memandang.
  • Pintar dan berketerampilan     ~Seorang wanita yang pintar menjadi dambaan para suami kerana wanita pintar mampu membantu suami setiap kali suami memerlukannya. Pintar di sini termasuklah pintar melayan suami, anak-anak serta ibu bapa. Wanita berketerampilan juga mampu menarik minat lelaki untuk dijadikan isteri kerana wanita yang berketerampilan menggambarkan kelebihan dan keistimewaannya.
  • Memiliki kefahaman yang benar dalam ilmu agama     ~Kefahaman yang benar tentang ilmu agama amat penting kerana seseorang wanita atau isteri akan menjadi guru kepada anak-anak kelak.
  •  Sihat jasmani     ~Wanita yang menjaga kesihatan akan sentiasa kelihatan ceria dan bahagia. Wanita yang ceria lebih mendapat perhatian kaum Adam yang sedang mencari calon isteri berbanding wanita yang moody dan lesu.
  • Wanita yang sederhana     ~Tidak melampau dan berlebih-lebih dalam semua perkara. Sentiasa qana'ah adalah yang terbaik.
  • Wanita yang pandai mengurus rumah tangga     ~Memiliki ilmu hal ehwal rumah tangga akan membantu seseorang wanita mengurus rumah tangganya dengan baik dan harmoni.
  • Wanita yang bersedia untuk hidup susah     ~Wanita yang tidak mengamalkan cara hidup mewah akan sentiasa bersama-sama suaminya dalam senang mahupun susah dan dia tidak gentarjika hidup susah. sebaliknya dia menjadi seorang yang tabah dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
       ~ adakah kita memiliki kriteria-kriteria ini?...sama-samalah kita renung..=)

No comments:

Post a Comment