"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Friday 9 March 2012

Tips penjagaan diri

TIPS MERAWAT KUKU
Rasulullah s.a.w mengajar kita agar rajin merawat kuku. Kuku yang panjang dan kotor hendaklah dipotong paling tidak seminggu sekali sebelum solat Jumaat. Ini kerana hari Jumaat merupakan hari mulia bagi umat Islam. Umat Islam juga dianjurkan mandi dengan sabun, memakai wangi-wangian dan pakaian bersih sebelum ke masjid.
Walaupun wanita tidak wajib solat Jumaat, tetapi dianjurkan juga merawat kuku tangan dan kaki. Cara memotong kuku juga diajar oleh Rasulullah s.a.w, iaitu dimulakan dengan tangan kanan dengan ibu jari seterusnya sehingga jari kelingking. Setelah itu, tangan kiri dimulai jari kelingking sehingga ke ibu jari. Begitu juga dengan kuku jari kaki.
Hebat bukan? Islam itu indah, lengkap dan sempurna mulai adab ke tandas, berpakaian hingga kepada memotong kuku juga diajar dalam Islam.  Ada kiasan yang mengatakan, “Rawatlah kuku anda bak permata maka ia pun akan bersinar bak intan berlian”.

TIPS UNTUK MENJAGA DAN MERAWAT KESIHATAN KUKU DAN TANGAN (JARI)
~ Semasa melakukan kerja-kerja di rumah, lakukan secara bergilir-gilir antara kerja basah dan kering. Misalnya habis mencuci pinggan, kemudian menggosok baju. Jangan terus mencuci baju atau membersihkan bilik mandi. Dengan demikian, kuku tidak terlalu lama terkena air dan basah.
~ Setiap hari, rajin-rajinlah minum susu seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. selain itu, amalkan meminum jus buah-buahan. Ini membuatkan kuku halus dan tidak mudah retak atau patah.
~ Makan pil yang mengandungi kalsium laktat dan segelas susu setiap hari. Ini dapat menguatkan tulang, gigi dan juga kuku.
~ Untuk melembutkan tangan, rendamlah kedua-dua belah tangan di dalam jus oren yang dicampurkan madu selama 10 minit. Keringkan dengan cara menepuk kedua-dua tangan kemudian sapukan krim untuk tangan. Jus oren merupakan bahan yang sangat bagus untuk memutihkan kuku dan menghilangkan kotoran sama ada pada kuku mahupun pada kulit tangan.
~ Jika tangan dan kuku anda kusam dan kasar akibat sering terkena sabun, sapukan campuran air mawar dan gliserin sekerap mungkin.
~ Seperti bahagian tubuh yang lain, tangan juga memerlukan senaman supaya peredaran darah berjalan lancar.Genggam dan kepalkan jari-jari tangan anda dengan ibu jari berada dalam kepala. Kemudian buka, kepalkan lagi dan buka lagi. Lakukan sebanyak 15 hingga 20 kali setiap pagi. Kemudian tarik dengan lembut tiap-tiap jari (tidak perlu sampai berbunyi).
~ Jika anda berwuduk, urut secara perlahan jari-jari tangan dan jari-jari kaki anda. Ini dapat membuatkan anda tenang dan menghilangkan lenguh-lenguh pada jari-jari tangan anda akibat keletihan menaip, menulis dan sebagainya. Rasakan kenikmatan ketika berwuduk secara sedar setelah melakukan urut refleksi sehari lima kali pada saraf tangan anda.
                         
TIPS MERAWAT KUKU DENGAN BAHAN TRADISIONAL
~ Limau nipis paling kerap digunakan dan mudah didapati. Gosokkan pada kuku selama beberapa minit dan kuku akan kelihatan cantik.
~ Belimbing buluh untuk membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar sekali gus untuk menguatkan kuku.
~ Kunyit dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas.
~ Bawang sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin.
~ Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan tidak mudah kering.

No comments:

Post a Comment