"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Friday 9 March 2012

Penjagaan rambut



rambut yang terdedah kepada cahaya matahari perlu dijaga dengan lebih  rapi


wanita bertudung juga perlu mementingkan penjagaan rambut













Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Lantaran itu, penjagaannya perlu dititik beratkan tidak kira bagi wanita yang bertudung atau tidak. Jika rambut kita tidak dijaga dengan baik, maka ia akan menjadi rosak, kusam dan tidak bermaya. Perkara ini boleh menghilangkan keyakinan diri seseorang.Oleh itu, di sini saya selitkan beberapa tips penjagaan rambut yang saya petik dari buku yang bertajuk Ajaibnya Wanita.

TIPS MENGHINDARI KEROSAKAN RAMBUT

~ Hindari sinar matahari antara jam 10 pagi sehingga jam 3 petang kerana ketika itu sinar matahari memancarkan sinarannya yang paling kuat. Jika anda tetap memerlukan aktiviti di luar rumah, gunakanlah tudung untuk menutupi rambut anda.

~ Janganlah ragu menggunakan krim penghalang cahaya matahari SPF sekurang-kurangnya 15 pada rambut dan kulit kepala dengan menggunakan sikat jika anda terpaksa berada lama di bawah terik matahari. Oleh kerana sinar matahari dapat menembusi bahan pelindung dalam krim penghalangcahaya matahari, sebaiknya anda menggunakannya atau memakai semula setiap satu jam berikutnya.

~ Lakukanlah rawatan rambut di salun paling tidak sebulan sekali. Walaupun anda memakai tudung tetapi rambut dan kulit kepala anda mestilah juga mendapat rawatan.

TIPS MEMPERTAHANKAN DAN MENJAGA KESIHATAN RAMBUT

~ Bersihkan rambut secara teratur dengan syampu berkualiti dan gunakan perapi setiap kali selesai mencuci rambut.

~ Hindari pemakaian bahan kimia berlebihan pada rambut.

~ Hindari rambut terkena secara langsung dengan matahari (misalnya dengan memakai tudung). Maka rambut anda bukan sahaja akan dilindungi dari debu dan angin kencang, malah juga terlindung dari sinar matahari yang dapat merosakkan rambut.

~ Gunakan pengering rambut yang tidak terlalu panas jika anda hendak mengeringkan rambut dan gerakkan pengering rambut tersebut secara merata ke seluruh rambut.

~ Bagi rambut yang panjang, sebaiknya jika dibersihkan hendaklah dari belakang agar tidak terjadi kekusutan.

~ Gunakan sikat bergigi jarang untuk meratakan perapi yang disapu pada rambut panjang. Biarkan perapi selama 1 minit kemudian bilaslah rambut anda.

TIPS MENGATASI RAMBUT GUGUR

~ Minum jus dari pisang, madu, yogurt dan susu rendah lemak. Bahan makanan ini banyak mengandungi biotin yang berfungsi memperkuat akar rambut.

~ Minum minuman tambahan yang mengandungi vitamin B6 dan zink. Makanan tambahan sangat membantu jika makanan yang dimakan setiap hari tidak mengandungi zat yang cukup.

~ Rendahkan kepala (membongkok) ketika mencuci rambut dan picitkan kulit kepala untuk melancarkan aliran darah di kepala. Ia baik dilakukan ketika mencuci rambut semasa mandi junub. Itulah salah satu hikmah mandi junub iaitu mencegah rambut gugur dan menyihatkan tubuh.

~ Tidur yang cukup dan hilangkan tekanan.

Selamat mencuba semua tips yang telah disebutkan. Semoga rambut kita sentiasa sihat dan menawan. 

No comments:

Post a Comment