"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Saturday, 12 May 2012

Mimpi melihat kematian.

jenazah sedang disembahyangkan


kematian itu sesuatu yang pasti
“Kenapa ramai orang kat sini?”
“Sape pulak yang terbaring tu?”
“Kenapa semua orang nampak sedih je?”
“Ada orang tengah baca Yaasin la. Sape ek yang terbaring tu? Alamak, macam muka aku!”
“Tidak!! Aku belum mati!!Kenapa diorang balut aku dengan kain putih?”
TIDAKKKKKK!!!
“Ain, bangun Ain. Da masuk waktu Maghrib ni. Kenapa kamu menjerit? Kamu mimpi ye?”
“Itu la, lain kali jangan tidur waktu senja, syaitan banyak.”
“Dah la, bangun dan pergi mandi sekarang, lepas tu solat.”
“Laa..mimpi rupanya. Terima kasih ya Allah kerana masih bagi kesempatan untuk aku hidup.”

          Kejadian seperti di atas sering berlaku kepada manusia. Ia dinamakan mimpi. Mimpi seringkali dianggap sebagai mainan tidur dan dikaitkan dengan gangguan syaitan. Ia menjadi lumrah dalam kehidupan manusia ketika tidur. Namun tidak semestinya setiap kali tidur kita akan bermimpi. Kadangkala kita mampu tidur dengan lena dan nyenyak tanpa bermimpi. Mimpi datang dalam pelbagai rupa. Walaupun ia dianggap mainan tidur, namun tidak dapat dinafikan adakalanya kita akan terpengaruh dengan mimpi tersebut. Sebagai contoh mimpi tentang kematian sebagaimana contoh di atas tadi. Terdapat beberapa tafsiran berkaitan mimpi tentang kematian.
Al-Ustaz Abu Said berkata: “Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukmin,11  yang bermaksud:
Mereka berkata: “ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”


          Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang boleh menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
          Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
          Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya. 
          Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya. 
Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira. 
          Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah. 
          Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai. 
Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. 
          Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya. 
          Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya. 
          Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu. 
Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi. 
           Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik mimpinya. 
           Demikianlah tafsiran-tafsiran mimpi tentang kematian. Apa pun tafsirannya, sebagai hamba kita mestilah  sentiasa mengingati kematian agar kita bersedia dengan segala amal kebajikan untuk dibawa ke sana. Paling penting, kematian adalah pasti dan ia tidak mungkin dapat ditunda walaupun sedetik. Jadi, sama-samalah kita menginsafi diri dan berbuat amal soleh dengan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t.


1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA SAUWDARA2 PARA PECINTA TOGEL.BAHWA.HALL YANG TIDAK PERNAH TERBAYANGKAN KINI MENJADI KENYATAAN.DENGAN KELUARGA SAYA.UNTUK (MBAH,SIGIT ) KAMI UCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH.KARNA BERKAT BANTUANG ( MBAH,SIGIT ) ALHAMDULILLAH SAYA.BISA LEPAS DARI SEGALA HUTANG2.KARNA ANGKA GHAIB.HASIL RITUAL ( MBAH,SIGIT ) YANG DIA BERIKAN KEPADA SAYA YAITU.4D (0228) BENAR2 TERBUKTI 100% TEMBUS DAN SAYA MEMENANGKAN.49juta.ALLHAMDULILLAH SAYA BISA MELUNASI SEMUA HUTANG2 SAYA.DAN KAMI JUGA SUDA MEMBUKA USAHA KECIL KECILAN..INI SEMUA BERKAT BANTUANG ( MBAH,SIGIT ) WALAUPUN INI SEMUA SANGAT SEDERHANA.KAMI TETAP MENSUKURI SEMUA NYA.KAMI TIDAK MENYANGKA ( MBAH,SIGIT ) TELAH MERUBAH NASIB.KAMI HANYA SEKEJAP.INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN ANGKA GHAIB HASIL RITUAL( MBAH,SIGIT ) YANG DI JAMIN 100% TEMBUS.SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG ( MBAH,SIGIT ) DI GUNUNG UWENTIRA.DI NOMOR(_0_8_5_3_2_2_9_0_3_8_8_9_) JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHAIB YANG DI BERIKAN ( MBAH,SIGIT ) DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA,TERIMAH KASIH wassalam.…

    ReplyDelete