"Ramai lelaki membina rumah tetapi mereka memerlukan wanita untuk menjaganya"

Friday 9 March 2012

Menjaga Aurat

berpakaian sopan menjadi kewajipan wanita muslimah
MENJAGA AURAT
Sudah menjadi fitrah wanita ingin selalu tampil berbeza dan cantik mempesona sehingga setiap mata hanya tertumpu  kepadanya. Untuk mencapai maksud tersebut, pelbagai cara dan usaha dilakukan bermula daripada berpakaian cantik, bersolek, menghias rambut, memakai minyak wangi, memakai perhiasan mahal, bahkan sehingga ada yang melakukan pembedahan plastik.
Pada hakikatnya, wanita perlulah sedar dan mengetahui untuk siapa sebenarnya dia berhias diri, apakah untuk suami dan keluarganya atau untuk orang lain yang bukan mahramnya? Jika dia berhias diri untuk bukan mahramnya, yakni untuk orang lain, maka jelaslah berhias diri yang dilakukannya itu haram di sisi Allah s.w.t. Apatah lagi sehingga mempamerkan auratnya ketika berhias dan aurat tersebut menjadi perhatian lelaki lain yang bukan mahramnya.
Terdapat juga wanita yang suka berhias diri dan mempamerkan kekayaannya. Dia menjadi ujub dengan mempamerkan perhiasan-perhiasan mahal daripada emas dan berlian sehingga kelihatan seperti kedai emas berjalan. Perbuatan ini selain menimbulkan rasa cemburu sosial, ia juga mengundang perbuatan jahat seperti ragut dan rompak. Allah mengecam wanita yang suka mempamerkan perhiasannya.
Pada masa ini, wanita menjadi bahan eksploitasi iklan sehingga wanita yang tidak beriman tanpa segan silu mempamerkan auratnya serta menggoyang-goyang pinggul ketika berjoget dan semua perkara tersebut dilarang oleh Allah s.w.t. Eksploitasi wanita semakin menjadi-jadi kini dengan gambar dan video lucah dijadikan perniagaan bagi memenuhi nafsu buas orang ramai.
Dalam buku Fikah Perempuan yang ditulis oleh Muhammad Wahidi menjelaskan, wanita yang telah mencapai usia baligh wajib menutup seluruh anggota badannya kecuali dua tangan dan muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk di hadapan bukan mahram. Dia menambah, muka dan tangan juga wajib ditutup ketika menggunakan perhiasan dan solekan jika diyakini ada orang lain yang akan melihatnya dengan hasrat seksual (syahwat) dan menikmati (taladzdzuda).

No comments:

Post a Comment